Jumaat, Januari 16, 2015

DRINK IT! by Irralishah







Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hantarkan ke yusofbinngadi@gmail.com @
Whatsapp 017-3603560 (Yusof Ngadi)
Terima kasih ;)

*************************************

Kebaikan infused water


Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.
Kenapa penting kita menjaga kesihatan ? boleh tengok link Kepentingan menjaga kesihatan.

 Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Air Detox - Infused Water - 1
Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atauinfused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Air Detox - Infused Water - 2
Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Air Detox - Infused Water - 3
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan.
Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

Air Detox - Infused Water - 4
sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita.
Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut

Air Detox - Infused Water - 5
Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ini cuma blog pelekat, silakan tempah jika berminat.. ;D